Wednesday, August 17, 2011

Air Kathira


Yesterday murah rezeki sebab ada orang sedekah air kathira... tapi sbnrnya dengan muka tak malu, aku yg gi mintak sebenarnya. hehheheheehe

Korang penah dengar air kathira? Itu minuman happening untuk mereka yang duduk di JB khususnya ketika berbuka puasa. Selalunya orang JB akan tertunggu-tunggu minuman nih waktu bulan puasa...komporm akan gi cari kat memana PARAM. Hari tu masa my mum balik JB, punya ler kitaorg beria suruh dia bawak balik air nih sebab tak lengkap rasanya kalau tak minum air kathira waktu bulan posa. My mum siap bawak balik sebotol 1.5liter air kathira yang difrozenkan. Perghhhhhhhhhh sedapppp!!!


I've never tried to make the drink before but I managed to google the recipe from bro Rozzan's blog. I just C&P... ampun tuan punya resepi...but sharing is caring...
Untuk sesapa yang mengidam tu... sila lah...

BAHAN-BAHANNYA:
Disediakan lebih awal:

Sirap:

Didihkan 2 cawan gula dalam 3 cawan air.
Masukkan 1 helai daun pandan, hingga larut gulanya.

1 cbsr kathira - direndam semalaman, buangkan kekotoran dan ditapis.
Dibilas dengan air masak, ditapis lagi.

10 butir kembang semangkuk - direndam semalaman buangkan biji dan kulit.
Ditapis, bilas dengan air masak dan ditapis lagi.

1 sudu besar rata biji selasih - direndam dalam air masak hingga ia mengembang, kemudian ditapis lagi.

1 tin susu cair (sejat)- 'evaporated milk' - (410 g)
1 cawan sirap
6 cawan air
1 sudu teh air mawar

CARA MEMBUATNYA:

Dalam sebuah mangkuk besar, masukkan katira, kamang semangkuk dan biji selasih. Tuangkan sirap, air susu dan air mawar. Dikacau rata. Masukkan ketulan air batu atau air batu yang dihancurkan dan dihidangkan.
NOTA:

Biji Selasih -boleh didapati dari kedai India atau dari gerai peniaga Cina yang menjual makanan kering di pasar.

Kembang semangkuk - boleh didapati dari kedai sinseh Cina

Kathira - dapatkan dari kedai peniaga India. Orang-orang Islam gemar minum katira semasa bulan puasa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...