Thursday, August 25, 2011

Karipap


Yesterday, since we decided to eat out for our dinner, I merely prepared something simple for our iftar. The night before, I've prepared the fillings and refrigerated them and I just need to make the pastry yesterday.

The recipe was simple, it was my mums...

Filling:

6 tablespoons oil
3 medium red onion (finely chopped)
4 cloves garlic
3 teaspoons meat or chicken curry powder
1/2 cup dried shrimps - soaked and finely chopped
3 large potatoes (finely diced and boiled)
1 1/2 teaspoon sugar
salt to taste
1 stalk curry leaf


Pastry:
250 g plain flour
2 tsb margarine or shortening
2 tsb cooking oil
    ** Heat both margarine and oil together in moderate flame
3/4 cup water
1/2 teaspoon of salt


Method:
Make the filling first. Heat oil and fry onion and garlic gently until golden brown. Add the dried shrimp and later the curry powder and curry leaf. Fry gently. Add potatoes, sugar, pepper, salt and cook for 5 minutes. Mix well and leave aside to cool.
To make pastry, mix flour with heated margarine and oil, water, salt, and knead well. Let it rest for 1/2 hour. Cut the dough into circles (3 in) in diameter. Fold pastry over to make a half circle and crimp at edges. Deep fry in hot oil until golden.
Make sure it is fried under medium flame otherwise the texture will be like moon surface. If the oil is too hot, you won't get a smooth texture but if it's not hot, the pastry will absorb more oil. Urghhhh....
Mine is an example of not-so-nice-looking karipap.... iskkkkk.. bedal jek ler labu.....


Banana Leaf Meal @ Kanna's Curry House


It has been sometime since the last time we had banana leaf meal. We used to go to this restaurant named Bharats in Damansara Utama but it had moved to somewhere we don't know. *sigh*
The food was superb especially the fried chic and fried fish. Not forgetting the vege and rassam and the gravy...wallaaaaaaa..... marvellous!!!.... and normally we'll be having difficulties to sit up straight with eyes opened right after each meal. hehehhehehehe....

Now that we couldn't enjoy Bharat's food anymore, we've been trying to look out for other Indian restaurant serving good banana leaf meal. Until last week, a friend posted a photo on fb which actually nailed me! Called him up yesterday to ask about the restaurant and next thing I did was, kept away all prep for iftar and yelled..."Boysss.... we are eating out tonite!!!"
My partner-in-crime didn't actually take a long time to agree on the idea since he too was longing for banana leaf meal.

We just had karipap for breaking fast and right after Maghrib prayers, we shot off to the restaurant in Puchong. You can also follow them on fb...


We ordered fried chicken, fried fish and mutton curry to go along with our huge serving of rice splashed with curry and dhal... perghhhhhhhhh and most importantly, it was served on a banana leaf.. yeyyyy wish comes true....


Unfortunately, the boys didn't enjoy the food so much. Perhaps the gravy are too spicy for their tastebuds. Both me and lau kong also think the food was just an ok.... nothing can beat to our Bharat's. But it was ok... at least we had our banana leaf meal....

....and the search for the best Banana Leaf Restaurant continues....




Wednesday, August 24, 2011

Ayam Kung Pao


Alaaaaa.... dah kering idea nak masak apa. Buntu!!! Naik muak dengan lauk yang balik-balik lebih kurang sama jek.... Budak-budak pun pandai komplen... "nothing new ke mama?" chaitttt banyak cakap plak budak-budak nih....

Belakang, terus teringat lauk yang makan masa kat Beijing...Ayam Masak Kung Pao. Terus google kat internet camner kekdah nak masaknya... senang jek rupanya...
Jumpa resepi kat blog CMG. Meh tengok sini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping dada ayam, hiris sederhana besar, cuci dan toskan*
1 camca besar sos tiram*
1/2 camca teh lada sulah*
1 1/2 camca besar tepung jagung*(*disatukan, gaul rata dan perap 30 minit)
1/2 biji red capsicum, didadu
1/2 biji green capsicum, didadu
4 kuntum cendawan butang segar, hiris kasar (boleh ganti yg dalam tin atau abaikan)
8 tangkai cili kering, hiris serong, cuci dan lap kering2
4 ulas bawang putih, cincang halus
1 genggam kacang gajus, digoreng keemasan, toskan
1 1/2 camac besar sos hoisin
1 camca besar kicap cair
1/2 camca besar kicap pekat
1/4 camca teh minyak bijan
1/2 camca teh gula

CARA MEMBUATNYA :-)
1.   Panaskan minyak, goreng ayam yang telah diperap tadi hingga masak, angkat dan toskan. Tinggal kan kurang lebih 2 camca besar minyak masak. Masukkan cili kering dan tumis hingga harum, tambah bawang putih, tumis lagi, masukkan cendawan, red n green capsicum. Kacau rata.
2.  Masukkan sos hoisin, kicap pekat, kicap cair, minyak bijan, gula dan gajus tadi, kacau hingga mesra. Tambah ayam dan gaul hingga sos menyaluti daging ayam. Masak hingga sedikit kering. Rasa dan jika kurang masin boleh tambah sedikit kicap cair lagi. Angkat dan hidangkan panas...

Tapi oleh kerana banyak mende yang tak ada semalam ie gajus, capsicum, minyak bijan maka aku make do jek ngan apa yang ada. Tu pun sedap jugak walaupun tak cukup sifat...
hehehehhehe... agak-agak kalau chef2 terkenal tau aku nih memandai tukar2 resepi, diaorg hangen tak ek...

Tuesday, August 23, 2011

Sop Tulang Singapore...

Setiap kali pegi Spore, surely aku akan pastikan singgah di Beach Road cari Sop Tulang Singapore. Gambar kat atas tu aku snap daripada signboard kedai yang aku pergi. Selalunya dulu-dulu kalau pergi, mesti cari kedai nih haaa... penah try kedai lain tapi tak sesedap kedai nih ler...
Selain dari Sop Tulang dia, yang best kat Beach Rd nih ialah Bistik Kering or diaorg panggil Mutton Bistik.
Diaorg nih masak semuaaa kaler merah. Tak kesah ler kan.. janji sedap.

Belakang, bila dah balik rumah, try makan sop tulang... makkkkkk TAK SEDAP!!!!! Tak sama langsung macam dulu-dulu. The taste was sooo sooo OUT!!!! Bistik kering pun kureng. Tak macam dulu.... Sayang betul ler....

Anyway, demi mempertahankan tekak yang teringin nak makan Sop Tulang Spore, maka aku buat versi aku sendiri aaaa... Lepas google resepi kat internet, maka ini ler hasilnya...




Merah menyala jugak.... hehehheheheh... nih baru boleh layannnn.....
Nak resepi? Aku pun C&P dari blog sini...

Bahan-bahan:
1 kilo tulang bahagian kaki kambing atau tulang lembu yg mengandungi sum2nya sekali
1/2 cawan tomato sos
1/4 cawan cili sos
1/4 cawan cili boh
1/4 cawan minyak untuk menumis
1/2 sudu besar tomato puree
2 sudu besar bawang goreng
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit rempah kasar 4 beradik-b lawang,buah pelaga,cengkih dan kayu manis
garam dan perasa jika perlu (rumah aku ajinomoto diharamkan....)
Cara:
  1. Tulang direbus hingga empuk. Air rebusan jangan dibuang.
  2. Goreng jintan manis dan jintan putih tanpa minyak hingga agak garing.Kemudian dimesin halus.
  3. Bawang merah,bawang goreng,bawang putih dan halia diblend bersama dan kemudian tumis dalam kuali dgn minyak.
  4. Masukkan jintan yg dimesin dan rempah2 kasar dan juga tomato sos,tomato puree,cili boh,lada hitam dan cili sos.Tumis hingga garing dan berbangkit bau.
  5. Kemudian masukkan hasil tumisan ini kedalam air rebusan tulang tadi dan masak hingga agak pekat dan berkuah.Masukkan garam dan perasa secukup rasa.
Sedap dimakan dgn roti dan juga nasi.
Boleh dihidang dengan limau nipis,daun sup,bawang goreng,daun sadri yg dimayang halus.

Geylang Serai...


Motif utama balik JB hari tu sebab nak masuk Singapore, nak gi Geylang Serai to be exact!! I think the last time aku gi Spore was last year sbb nak gi Universal Studio and the last time aku gi Geylang was like 12 years ago....tu pun di malam raya. Masa tu punya ler meriah mak datuk dengan orang lelong barang sana sini. Last-last yang aku beli masa tu cuma chicken wing sambil duduk tepi meratah ayam. Sebab tak leh nak buat apa dah... orang ramai bersesak-sesak and huru hara ngan orang terpekik-pekik lelong barang. Tapi masa tu seronokkkk sangat and we ended up sampai balik JB kul 3 pagi. The next day, orang takbir raya, kitaorg semua terbongkang depan tv sebab mata tak leh bukak. hehehheheeh

Anyway, mengambil iktibar kesah lama, maka tahun nih sebab dah lama kemaruk tak gi Geylang, maka kitaorg pergi seminggu lagi nak raya. Stillll... mak aiii orang nya ramai ya ampunnnn......


Nih baru sikit amik gambar. Tak larat nak snap-snap.. nak selamatkan diri sendiri dulu sebab serius sesak walaupun masa tu dah kul 11 malam. Ishhh tak reti tido ke diaorg nih ek...
Even tempat jual makanan diaorg pun orang beratur sampai keluar petak gerai aaa...


See... sampai berasap seluruh kawasan. Habis baju and tudung bau makanan. Apa-apa pun, aku jumpa chicken wing ku... huhuhuhu...


Ada gak yang jual-jual kuih. Mengiurkan tengok kuih diaorg...


Tapi yang paling happening adalah baju bajan dia ler... tapiiiiiiiii yang tensionnya... semua saiz kecik-kecik. Merajuk tul aku ngan diaorg nih tau... nyampah!!!!



Lawaaaa kan.... And harga dia boleh tahan ler murah. Tak de ler murah sesangat tapi kalau banding ngan harga Msia, ada yang lebih murah ngan yang ada kat Jln TAR. Boleh pengsan tengok baju-baju kat sini. Bila tanya stok mana, diaorg kata from Jakarta. Kenapa ler masa aku gi hari tu aku tak jumpa aaa baju-baju gini? Iskkkk...

Ada gak baju kuch kuch hota hai tau... lawa-lawaaaaaa.....



Akhirnya aku cuma berjaya dapat selai jek.... Itu pun jubah... Jadik ler untuk dipakai di pagi raya memandangkan semua baju aku, tailor tak sempat siapkan... uwaaaaaaa!!!!

Yey Yey Nak Raya...

Sana sini dah mula rasa suasana nak raya.....
Semua orang sibuk shopping.. tak kesah ler shopping baju ke, shopping perabot ke, shopping kuih ke... pokok pangkalnya aktiviti mengeluarkan duit ler. Nih plak orang gomen semua dapat bonus setengah bulan gaji.

Hari tu gi KL sebab ada meeting maka sempat ler jugakkkk mencuci mata dan mengeringkan poket. Punya ler ramai manusia ya Allah... nak jalan pun susah walaupun panas terik. Jalan TAR macam pesta...


Tu belum masuk pesta orang berjual beli. Memacam marketing strategy diaorg pakai. Yang lawak pun ada... Memacam fesyen baju... Iskkkk...



Last weekend sempat gak balik JB sebab nak gi S'pore. Saja menggatal nak tengok suasana nak sambut raya kat S'pore. Perghhh tak mau kalah waa cakap lu... will tell you more in the next entry.
Anyway, alang-alang balik JB tu, tolong-tolong sama ler mak kemas-kemas rumah walaupun keje aku cuma tolong cucuk besi kat langsir jek. hehehhehe
Habis mak kerahkan semua bibik-bibik yang ada, termasuklah ler bibik2 adik aku, bibik aku untuk tolong sapu and mop rumah. Dapat ler duit raya sorang sikit.


Macam kapal karam kan rumah mak? hehehehehheh. Rumah baru lepas cat, gitu ler ropanya. Mak jadik mandur ehhhh....

Anyway, belah petang adalah aktiviti yang paling dinanti-nanti. PARAM time.... dari satu Param ke satu Param kitaorg pergi. Walaupun hujan lebat...ehhhh jalan jugak... dapat ler jugak beli air kathira abu bakar, kacang phool, murtabak majid larkin, asma rojak, nasi ambeng and memacam lagi.... perghhhhhh heaven aaaa makan kat JB.

The next day, pepagi lagi mak dah ajak gi Plaza Angsana, carik kuih raya...
Kuih raya JB lain sket dari yang ada kat KL. Macam macam pesen and bentuk. Rasa pun sedap walaupun rege dia... uhhuukkkk....


Tu gambar sebahagian gerai yang aku gi jenguk. Tak sempat nak amik semua sebab mata and tangan lebih sibuk membelek kuih... Dalam pilih-pilih tu, cuba berjaya amik satu dua lima jenis kuih jek. hehehehhehehe



Macam best jek dia nyer kuih kan... Rasa pun sedap I tell you..... Pakkal jek harga dia tak berapa sedap. Kalau tak mau borong sakan. Selalunya malam raya diaorg akan lelong kuih-kuih nih. 4 kotak dalam RM100 jek. Rasanya mau aku kirim ngan mak untuk beli malam raya nanti. Iskkkk.....

Wednesday, August 17, 2011

Air Kathira


Yesterday murah rezeki sebab ada orang sedekah air kathira... tapi sbnrnya dengan muka tak malu, aku yg gi mintak sebenarnya. hehheheheehe

Korang penah dengar air kathira? Itu minuman happening untuk mereka yang duduk di JB khususnya ketika berbuka puasa. Selalunya orang JB akan tertunggu-tunggu minuman nih waktu bulan puasa...komporm akan gi cari kat memana PARAM. Hari tu masa my mum balik JB, punya ler kitaorg beria suruh dia bawak balik air nih sebab tak lengkap rasanya kalau tak minum air kathira waktu bulan posa. My mum siap bawak balik sebotol 1.5liter air kathira yang difrozenkan. Perghhhhhhhhhh sedapppp!!!


I've never tried to make the drink before but I managed to google the recipe from bro Rozzan's blog. I just C&P... ampun tuan punya resepi...but sharing is caring...
Untuk sesapa yang mengidam tu... sila lah...

BAHAN-BAHANNYA:
Disediakan lebih awal:

Sirap:

Didihkan 2 cawan gula dalam 3 cawan air.
Masukkan 1 helai daun pandan, hingga larut gulanya.

1 cbsr kathira - direndam semalaman, buangkan kekotoran dan ditapis.
Dibilas dengan air masak, ditapis lagi.

10 butir kembang semangkuk - direndam semalaman buangkan biji dan kulit.
Ditapis, bilas dengan air masak dan ditapis lagi.

1 sudu besar rata biji selasih - direndam dalam air masak hingga ia mengembang, kemudian ditapis lagi.

1 tin susu cair (sejat)- 'evaporated milk' - (410 g)
1 cawan sirap
6 cawan air
1 sudu teh air mawar

CARA MEMBUATNYA:

Dalam sebuah mangkuk besar, masukkan katira, kamang semangkuk dan biji selasih. Tuangkan sirap, air susu dan air mawar. Dikacau rata. Masukkan ketulan air batu atau air batu yang dihancurkan dan dihidangkan.
NOTA:

Biji Selasih -boleh didapati dari kedai India atau dari gerai peniaga Cina yang menjual makanan kering di pasar.

Kembang semangkuk - boleh didapati dari kedai sinseh Cina

Kathira - dapatkan dari kedai peniaga India. Orang-orang Islam gemar minum katira semasa bulan puasa.

Tuesday, August 16, 2011

Semarak Hari Raya

Yey yey nak raya.. yey yey...
Perangai budak-budak keluar dah... Kalau mak tau nih sure dia kata 'buang tebiat agaknya'. hehehehhehe

Nih pasal kes gi Jalan TAR memalam buta aaa semalam. Sampai sana jam 12 tghmalam lepas ada urusan kat Rawang. Cuma bertahan sampai kul 1 pagi sebab arjunaku buat muka tak siap.. hishhhh....

Tahun nih sbnrnya tak berapa ada mood nak raya sebabnya err... banyak sebab tapi bila tadi dok dengar-dengar lagu raya terus naik sheikh plak. So dari tadi asal ada masa lapang mula ler cari lagu raya kat youtube. Kemaruk dah...

Kali nih nak cari lagu-lagu lama yang pernah dulu-dulu dok nyanyi. Lagu-lagu sekarang nih macam kurang feel ler... why aaa? Apa-apa pun jom layan lagu raya nih... banyak lagu yang nostalgia tau....

Semalam terdengar lagu nih kat Sinar.fm (see...punya ler oldtimer nyer aku nih...dengar pun Sinar.fm).
Nak buat camner.. I follow abang jem....

Lagu yang sangat menjerut hati dan perasaan masa aku kat UM dulu. Lepas sahur, kengkunun dok study, belakang bila dengar lagu nih, meraung sampai ke pagi. Kengkunun rindu-rinduan aaa ngan mak bapak. Cheh!!!

Sweet sangat lagu nih tau... I so the very like ngan Jay Jay (err.. the younger version aaa)

Monday, August 15, 2011

Kari Ikan Kurau Kering


Hari tu masa balik JB siap borong ikan kurau kering - both tulang ikan and isi ikan. Dalam kepala nih dah set nak masak kari ikan kurau kering tapi ntah macam mana boleh lupa plak. Weekend lepas masa selongkar-selongkar esbok (org JB panggil esbok eh. Orang luar JB jek yang panggil fridge or peti ais... ~~ so the very the...), boleh terpandang plak ngan tulang ikan nih.

So apa lagi... kita kasi masak ler ini tulang.

Bahan-bahan:

Ikan Kurau kering ( bahagian tulang ) - (anggaran 300 - 400 gms) - harus rendam seketika untuk kurangkan kemasinan
1 peket serbuk kari - aku guna serbuk kari ikan masin/udang/ketam adabi)
1 biji terung panjang - potong menyerong
Bendi
1 cawan santan pekat
3 cawan air
Air asam jawa secukupnya
Garam secukupnya

Bahan tumis yang telah dikisar:
11/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 tangkai daun kari
 

Kekdahnya:
  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kari yang telah digaul sebati dan daun kari, tumis hingga rempah masak dan naik minyak.
  3. Masukkan santan dan air, biarkan hingga mendidih. Masukkan ikan kering dan biarkan seketika. Kemudian masukkan jus asam jawa dan juga terung serta bendi.
  4. Perasakan dengan garam (jika perlu), biarkan hingga masak dan bolehlah diangkat.

Lauk nih kalau makan dengan nasi panas, ada plak sambal udang kecik and kicap.... perghhhh.... kecur dah nih....

Udang Masak Nyonya...


Lauk nih aku jumpa masa belek-belek buku Resepi Masakan Cina Halal. Masa tu, tunjuk kat mak and dia telah mengharta-pusaka kan buku ku itu. Malangnya skrg dah hilang dah buku tu and dah tak ada dalam pasaran... Uwaaaaaaa... buku tu best tauuuu....

Anyway, hari Sabtu hari tu, ajak arjuna gi Pasar Borong Selangor. Hajat hati nak beli sikit jek tapi bila dah ternampak udang besar yang nampaknya kemain fresh, maka kasi tangkap ler sekilo. Tak boleh beli banyak-banyak sebab sekilo harganya RM52. Iskkk..
Belakang, bila dah balik rumah mula pening nak masak apa. Takkan nak masak sambal udang or udang goreng tepung kot....tak mencabar langsung (huhuhuh...kerekkk). Hehehhehehe
Maka terus teringat lauk masak nyonya yang ada dalam buku Resepi Masakan Cina Halal tu. Tapi banyak mende telah aku tukar-tukar ler...sesuka mood dan tekak ler gamaknya...

Meh tengok bahan-bahan dia...

1 kg udang besar
2 biji bawang besar - dipotong baji
2 batang serai
2 cm lengkuas
1 cm halia
4 ulas bawang putih
1 biji telur
Serbuk kunyit
Garam
Tepung jagung
Daun kari
Sos tomato + Sos Cili + Sos Tiram
Cili padi - dipotong-potong
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Kekdahnya:
  1. Blend serai, lengkuas, bawang putih and halia sampai halus.
  2. Perapkan udang dengan bahan kisar. Pecahkan telur. Masukkan garam, serbuk kari and tepung jagung. Kacau rata.
  3. Perapkan at least untuk 1 jam di tempat sejuk.
  4. Panaskan minyak untuk menggoreng dan goreng udang yang telah diperap separuh masak.
  5. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit lebih minyak untuk menumis.
  6. Tumis bawang besar yang telah dipotong baji dengan daun kari and cili padi sampai wangi.
  7. Masukkan sedikit lebihan bahan perap untuk perisa.
  8. Masukkan segala sos dan kacau.
  9. Masukkan udang yang telah digoreng separuh masak dan biarkan ia mendidih seketika atau sehingga udang masak.
  10. Hidangkan dan garnish ler ikut suka.
** Nota: Resepi asal patutnya pakai plum sauce tapi oleh kerana aku tak kuasa nak cari, maka make do dengan apa yang ada. Resepi asal pun masak lauk nih kering tanpa masukkan lebihan bahan perap tapi sebab aku sayang dengan bahan perap maka aku bedal jek masukkan jugak. Aku tak masukkan garam lagi sebab sauce-sauce tu dah cukup rasa. Kang darah tinggi kang....

Rasa dia macam ala-ala kari tapi kering aaa. Sedap.... Makan dengan nasi panas-panas...

Semalam masak lauk nih and jemput Nita & Azrul datang rumah untuk iftar. Alhamdulillah.....


Ayam Panggang Perisa Satay...


Masuk hari ke-10 Ramadhan, tak tau dah nak makan apa. Habis resepi dah. err... sbnrnya tak pandai masak yang betulnya. Tengok orang lain memacam lauk diaorg try. iskkk. Belum cukup ilmu di dada ler nak try resepi-resepi yang bombastik.
Anyway, alih-alih teringat resepi satay yang Kak Lang bagitau masa the last time kitaorang berBBQ kat Kedah. So apa lagi... asal boleh jek ler...

Bahan-bahan:

Ayam - dipotong 4
2 batang serai
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas
Sedikit ketumbar, jintan kasar and jintan halus
Garam
Gula
Madu
Serbuk Kunyit

Kekdahnya:
  1. Blend serai, bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, ketumbar and segala jintan sampai hancur.
  2. Perapkan bahan-bahan kisar dengan semua bahan yang lain untuk sekurang-kurangnya 3 jam.
  3. Panggang dalam suhu 200C sehingga masak atau kekuningan. Jangan lupa bubuh sedikit minyak di atas ayam yang telah diperap sebelum dipanggang.
  4. Bila dah masak, letak ayam yang telah masak dan tuang lebihan rempah di atas ayam.
** Nota : Gula and madu kena lebihkan sikit untuk rasa manis-manis sket.

Sedap you....

Tak sempat nak hias, kids dah ratah dulu. Cheh!!



Lamb Stew...

 

The last time I did an entry on Al-Barakath showing some of the marvellous dishes that they have there. One of it is Ribs Stew... extremely mouth watering...

Anyway, last week my arjuna brought back a pack of lamb steak. I made BBQ-ed it using tandoori paste and yogurt. Heheheheh... easy pitsy..
The next day, he bought another pack of steak. Uwaaaaa... So I decided to cook something else out of it. Hence I made stew. A simple, ikut-tekak-sendiri kind of stew. hehehhehe
Mine is kinda soupy as compared from my bro's Ribs Stew. Anyway, see below for the ikut-tekak-sendiri recipe...

1 pack of lamb steak
2 onion - diced
5 cloves garlic - pound
2 cm ginger - pound
1 tbs pepper
1/2 bottle of brown sauce
Chicken stock - I used 2 cubes to make the stock
Some oil for frying + some butter
Some evaporated milk
Carrots
Potato
Mushroom
Green peas - for garnishing

Method:
  1. Heat oil and butter. Put in the onion till softened. Then the pounded garlic and ginger.Fry till fragrant. Add the pepper and stir well.
  2. Put in the lamb steak. Cover pot and let it simmer for a while till the water from the lamb reduced.
  3. Bring in the brown sauce and chicken stock. Add some water if necessary. Simmer till the meat is tender.
  4. Add carrots, potato and mushroom and cook till the vegetables are softened. (Mushroom should be added much later).
  5. When everything are cooked and tender, add some milk to thicken the soup.
  6. Garnish with green peas.
**Do not put in salt or whatever seasoning coz the brown sauce is salty enough.

Easy huh??
Mine - I didn't actually put in the milk simply because I forgot (oppss....). hehehehhe so it's kinda soupy but nevertheless, my arjuna and kids loved it.
There were some leftovers and I reheat them and ate with some bread for sahur. Nice.....




Thursday, August 11, 2011

Shepherd's Pie


Yesterday I was not in the mood to cook, kinda feeling exhausted tho' not so much to do in the office. I guess it's just the weather (yeahh blame it on the weather...hehehhe).  So, I decided to prepare something different but simple... hence I decided on Sherperd's Pie.

Have been wanting to do this long time ago but kept procastinating till yesterday. Didn't really have the courage (or rather plainly being MALAS...) before. Tried to google for the easiest recipe for the pie and this was what I found...

 
Recipe:

2 tablespoons butter
1 onion, diced
2 celery stalks, diced
2 carrots, diced
2 cloves minced garlic
1 teaspoon minced fresh rosemary (plus a few sprigs for garnish)
1 1/2 pounds ground turkey
1 tablespoon tomato paste
2 tablespoons Worcestershire sauce
1/2 cup beef stock or broth
2 cups green peas
1 prepared batch of Hill's garlic mashed potatoes (see his video recipe)
4 tablespoons shredded Parmesan cheese

Melt butter in a large saute pan over medium-high heat. Add diced onion, diced celery stalks, diced carrots and minced garlic. Saute until vegetables are softened somewhat, about 8-10 minutes. Stir in 1 teaspoon minced fresh rosemary, stir, and then add ground turkey.

Cook turkey until browned. Next, stir in tomato paste, Worcestershire sauce and beef broth. Stir again, and then mix in the green peas.
When most of the liquid has cooked off, spoon the mixture into four 16 ounces ramekins, leaving about 1 inch of space. (You can also use a standard 13x9 casserole dish for a family-style meal.) Top with the prepared garlic mashed potatoes and spread evenly. Garnish each ramekin serving with 1 tablespoon of grated Parmesan cheese. Or, if serving in a casserole dish, garnish the entire topping with desired amount of grated parmesan cheese.
Bake in a preheated 375 F oven for approximately 30 minutes, or until the potato topping looks golden brown. Top each serving with a sprig of fresh rosemary and enjoy!


I did fiddle a bit with the recipe. Hehehehhe u know me... sesuka ati jek menokok tambah resepi.
Instead of turkey, I used Minced Meat by our very own Mr. Ramly Burger laa. And I added some mushroom and also some curry powder into the minced meat. And I reduced the worchestershire sauce coz the combination of curry powder and the sauce is certainly not a brilliant idea. Oh.. I also omited celery and green peas (kids hated them) and I didn't put in the rosemary (couldn't be bothered to find them)

So, here's the verdict...




Ohhh... I tell you... it is so fullfilling and tastes good.
Btw.. we didn't get to eat it during iftar yesterday but ate it during sahur instead. Hehehehhe


Tuesday, August 9, 2011

Tepung Kusoi aka Kuih Kaswi


Orang Johor panggil Tepung Kusoi tapi rata-rata rakyat Malaysia panggil Kuih Kaswi. Rasanya sangat sangat sedap.... especially kalau dapat yg jenis lembut and lembik.. tapi lembik yang bukannya benyek aaaa...

Anyway, aku buat ler kuih nih untuk iftar semalam. Lama dah teringin nak buat tapi asyik being put off jek.. iskkkk
Actually kuih kaswi nih kena kukus dalam loyang besar and dipotong-potong and dilumur ngan kelapa parut. Tapi oleh kerana aku buat lepas office hour and nak bagi jiran-jiran maka buat dalam acuan kecik-kecik aaaa. Dah nampak gaya macam kuih lompang plak. Kuih lompang lain rasa tau... bukan resepi yg sama ngan kuih kaswi.

Jom layan resepi kuih kaswi. Resepi nih mak sedare ~ Cik Mar aku punya. Punya ler payah nak dapat sukatan sbb dia tak pakai gram ke cawan ke... asal boleh agak jek. Old school sungguh.
Anyway, hasil perbincangan, kitaorg bersetuju dengan resepi dan sukatan berikut:


Bahan-bahan:

1 buku gula melaka - diracik dulu ler biau senang nak cairkan
1/2 cawan gula merah
     - kedua-dua nih dimasak dengan 2 cawan air sampai jadi air gula. Then tapiskan
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung beras
4 helai daun pandan dikisar dengan 3 cawan air - tapiskan
3 sudu air kapur
Pewarna coklat kalau suka nak bagi kaler cun.


Kekdahnya: 
  1. Panaskan kukusan.
  2. Masukkan semuaaaaaaaaa di atas dalam blender and blend sampai halus.
  3. Sapukan sedikit minyak masak dalam acuan untuk elak melekat. Jangan korang bubuh satu botol plak.
  4. Bila kukusan dan panas, masukkan acuan dan tuang adunan.
  5. Kukus selama 30 mins untuk acuan besar atau 15 mins untuk acuan kecik-kecik.
  6. Bila sejuk baru potong atau keluarkan dari acuan.
  7. Tabur kelapa parut yang dah dikukus sekejap dan digaul dengan sedikit garam.
 Senangkan.....

Monday, August 8, 2011

LOL #1

Dah dekat time balik. Keje yang ada dah beres. So apa lagi nak buat? Jom layan gambar-gambar lawak yang pernah aku jumpa...Kalau korang tak gelak nih mmg ler korang nih hati kering sungguh!!!

 Mamat nih actually participant daripada Myanmar masa seminar di Beijing hari tu. Dia memang sangat blur. Mana-mana dia pergi kalau dapat duduk, confirm dia akan bersila.

 Orang yang sama dengan di atas. Asal boleh jek letak buku nota tu.

 Antara translation yang memang buat aku senyum sumbing....

 Nih satu lagi... "Play by yourselves"???!!! Nak play apa eh...

 Camner ler nak tukar speed kipas nih? Nih keje mamat bangla ler nih

 Karangan terhebat kegemaran ex-boss Datuk Dr John. Sampai jatuh-jatuh kerusi katanya... hehehhehe

Yess.... only in Kuala Terengganu hoccay....

Bapak petai nih....

 heheheh...sah peminat tegar Julia Roberts.

Nih satu lagi peminat tegar. Cumanya parents yang minat, anak jadi mangsa...

Yerr.. mak bapaknya peminat adiwira...

Err... speechless...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...