Tuesday, July 31, 2012

Daging Dendeng



Lauk nih aku belajar dengan Pn eh..silap... Datin Sakdiah. heheheheh dah Datin saudaraku itu...

Datin Sakdiah nih EO kat ofis lama. Very motherly and sangat pandai masak. Ada sekali tu aku tengah sarat mengandungkan Akif and sekali dia bercerita pasal pulut kuning. Aku pandang jek muka dia sambil telan-telan air liur. Alih-alih that very Friday dia ajak ke rumah dia during Friday breaks. Ingatkan pasal apa... sekali tengok ada pulut kuning and kari daging baekkk nyer terhidang atas meja. Tu belum kuih-muih lagi tu...
Wallaaaa.... rezeki aku sungguh...Alhamdulillahhhh...

Aku selalu ngendeng resepi ngan Datin Sakdiah nih sebab aku tau dia terer masak. Antaranya ialah daging dendeng aaaa. Resepi di sangat mudah dan tak banyak cengkadak nak buat. Itu yang penting sebenarnya... resepi yang banyak bahan nih kengkadang kill the spirit of cooking jek ler. Banyak sebenarnya resepi dendeng kat internet tapi aku since aku dah selesa dengan resepi dendeng Datin nih, tak penah plak nak try resepi lain. Must try aaa some day.

Jom kita tengok resepi dendeng Datin Sakdiah eh...

Bahan-bahan:
  • 500gm daging lembu - dihiris nipis dan direbus hingga empuk
  • 2 biji bawang besar - sederhana besar - blend
  • 4 ulas bawang putih - blend
  • 3 cm halia - blend
  • 4 sudu besar cili kering yang telah dikisar
  • Kicap manis - perlu banyak sehingga boleh menutup keseluruhan daging
  • Air asam jawa - I used 1 sudu besar pati asam jawa + sedikit air
  • Garam dan gula secukupnya
  • 1 bungkus bawang goreng pek sederhana
  • Minyak untuk menggoreng daging dan menumis
Cara-caranya:
  1. Daging yang telah direbus perlu ditumbuk sedikit supaya dagingnya lembut.
  2. Perapkan daging dengan kicap manis sekurang-kurangnya 2 jam. Lagi lama lagi sedap.
  3. Panaskan minyak dan goreng daging yang telah diperap dengan kicap manis.
  4. Keluarkan daging. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali untuk menumis.
  5. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili kisar sehingga naik minyak.
  6. Masukkan garam, gula dan air asam. Biarkan bahan tumisan memekat dan sehingga naik minyak juga.
  7. Masukkan daging yang telah digoreng. Gaul rata sehingga daging mesra dengan bahan tumisan.
  8. Bila dah dekat nak angkat, taburkan bawang goreng dan kacau rata. Lagi banyak bawang goreng lagi bagus sebab ia akan memaniskan dendeng.
  9. Hidangkan...

Senangkan....
Masa kat NCL dulu, ni ler lauk wajib aku setiap kali aku nak melancong. Bukan apa, senang nak makan. Tak de kuah, tak de santan. Boleh tahan lama sket and sesuai dimakan dengan nasi atau roti. Sangat mengenyangkan...
And setiap kali aku hidang kat kengkawan yang datang rumah, harus lepas tu depa-depa mintak bawak balik sikit buat breakfast. And even Nita, siap pesan kalau aku ke rumah dia di Lancaster, suruh aku bawakkan sama lauk nih...
Jenuh aku bagi resepi kat dia... ntah buat ke ler tu. Cheh!!!



2 comments:

  1. mintak izin nk try resipi ni.kalo jadi, bleh x nk share di blog?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sure.... No problem....
      Selamat mencuba...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...