Thursday, August 2, 2012

Mee Hoon Goreng


Korang pernah teringin tak nak makan Mee Hoon Goreng yang macam zaman dulu-dulu kita pernah makan time kecik-kecik dulu? Aku kengkadang tu teringin gak nak makan Mee Hoon goreng tak cukup sifat macam zaman sekolah, yang tak ada bahan lain selain guna perencah udang kering and daun kuchai jek. Pastu yang buat best ia dibungkus dalam daun pisang. Hmmmm.... sedapnyaaaaa....

Anyway, Mee Hoon Goreng nih aku buat hari Isnin lepas sebab ada baki Mee Hoon yang tak habis, lebih dari buat Mee Hoon Soto on Sunday. Sayang nak buang jek maka, buat tambah juadah untuk iftar ler. Buat yang simple-simple jek janji boleh makan.

Selalunya kalau yang ada kat KL nih depa masak mesti bubuh kicap. Tak best aaa sebab tekak aku nih dibesarkan dengan Mee Hoon tak bubuh kicap. Mak aku masa mula-mula duduk KL pun pelik kenapa ler depa-depa nih bubuh kicap dalam hampir kesemua masakan goreng-goreng be it nasi goreng or mee goreng or kuay teow goreng ke...

So, kali nih aku pun buat ler style yang mak aku suka buat - tanpa kicap!

Bahan-bahan:
  • 1/2 bungkus Mee Hoon - direndam sehingga lembut
  • Udang dan ayam - sebagai perencah
  • 1 sudu besar udang kering - direndam dan dikisar
  • 1 biji bawang besar - dikisar
  • 3 ulas bawang putih - dikisar
  • 3 sudu cili kering kisar
  • 2 biji telur
  • Sawi - dipotong kasar
  • 2 sudu besar sos tomato
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak untuk menumis
  • Daun bawang dan bawang goreng untuk hiasan
Kekdahnya:
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan udang kering sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili kering yang telah dikisar. Biarkan sehingga naik minyak. Dikacau sesekali untuk elak rempah hangus. Kemudiankan masukkan ayam.
  3. Pecahkan telur ke dalam kuali dan biar seketika. Hancurkan telur.
  4. Masukkan sawi dan kacau sehingga sawi agak layu.
  5. Masukkan gula dan garam secukupnya.
  6. Masukkan mee hoon yang telah ditoskan airnya. Disusuli dengan udang. Tujuan udang masuk lambat adalah untuk elak ia overcooked.
  7. Masukkan sos tomato dan kacau sehingga masak.
  8. Hidangkan dengan taburan daun bawang dan bawang goreng.

Sedap wooo... *puji diri sendiri - perasan!!*


3 comments:

  1. mcm sedap. nnti ada masa nk try :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owhh please do... kengkadang tekak ni teringin nak makan yang biasa-biasa je kan...

      Delete
  2. yupp...suka dengan design kaler beehoon tuh...saya pun kalau masak beehoon xbape suka ada kicap..ilang seri beehoon tuh...saya penah gak alami situasi sis..nak masak stail zaman2 dolu..tk dek renncah bagai..juz udang n daun kucai je...tumis taruk cili pun sikit jerr...sebab nk dapatkan kaler cam tuh gak...hahahhaha...masa abah nyuap..abah cakap..dah rasa beehoon masa niaga kantin sekolah dolu2...hehehehe...best!!! :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...